Memang tidak dinafikan bahawa Ahn Eun-jin dan Namgoong Min mempunyai keserasian yang mantap dalam “My Dearest”.
Dalam temu bual baru-baru ini, Ahn Eun-jin ada menjelaskan mengenai khabar angin percintaan antaranya dengan Namgoong Min.
Kongsi wanita itu,
Saya menjadi sasaran berita palsu di YouTube. Dalam satu video video, mereka kata Ahn Eun-jin dan Namgoong Min sedang bercinta dalam kehidupan sebenar. Saya ingin tahu bagaimana mereka boleh berfikir seperti itu. Namgoong Min sudah berkahwin jadi saya tertarik untuk tahu mengapa ada pemikiran itu.
Sambungnya lagi dengan menyatakan bahawa dia menganggap dakwaan tersebut sebagai pujian untuk keserasiannya bersama pelakon lelaki itu dalam drama tersebut,
Pada masa lalu, apabila saya tonton melodrama dan ada juga tertanya-tanya sama ada kedua-dua pelakon itu benar-benar bercinta, kerana chemistry mereka yang sangat baik. Selepas saya mula berlakon, saya hanya menganggapnya sebagai kerja.
Memang ngam kan chemistry mereka?