Baru-baru ini, agensi Cha Eun-woo telah mengeluarkan video teaser bagi kemunculan solonya yang akan datang, “Entity”.
Penuh kesedihan, video yang berdurasi kurang dari 1 minit itu memaparkan situasi di mana ahli kumpulan ASTRO tersebut sedang menangis di dalam kereta pada waktu malam sambil ditemani dengan hujan lebat.
Namun ketika dia menangis, pelakon serta penyanyi tersebut telah dilihat menyalakan sebatang rokok dan meletakkannya di hujung bibir sebelum menghembuskan asap dari mulutnya.
ENTITY BY CHA EUNWOO#ENTITY #CHAEUNWOO #차은우
SMOKING HOT INDEED pic.twitter.com/6UIZXYaZQr
— dongmin wife | entity ♡ (@ttokiminnn) February 2, 2024
Meskipun perbuatan merokok dikalangan penyanyi idola sering dikritik ramai, lain pula jadinya buat Cha Eun-woo.
Di mana, babak merokok yang dipamerkan dalam video tersebut telah tular di media sosial dan dipuji oleh rata-rata peminat.
Antara komen peminat mengenai babak tersebut ialah,
Siapa yang rancang babak ni memang sangat pandai.
Tolong berhenti jadi kacak.
Merokok sambil menangis? ‘Hot’ nya!
Dia dah dewasa dan ingin mempamerkan sisi barunya yang lebih mendalam.
Saya nak tolong lapkan air mata dia.
Korang yang dah tonton video ni rasa macam mana pula?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.