Semakin meningkat usia, semakin ramai yang mahu melihat Song Seung-heon menamatkan zaman bujangnya.
Terbaru, lelaki itu menjelaskan mengenai statusnya selain meminta hos ‘Hong Seok-cheon’s Treasure’ supaya melupakan dirinya.
Bagi yang tidak mengetahui, Hong Seok-cheon merupakan seorang personaliti TV yang mengakui sedari dahulu bahawa dia menyukai kaum sejenis.
Kata pelakon itu, ibunya sendiri turut menuduh dia mempunyai hubungan songsang selepas beberapa kali terdengar Hong Seok-cheon mengakui rasa suka dengan anaknya itu,
Suatu hari, ibu saya menelefon dan bertanya, ‘Kenapa Hong Seok-cheon selalu mengatakan bahawa kamu adalah lelaki idamannya? Kamu ni kenapa? Betul ke tidak?’ Dia curiga.
Selepas tertawa besar, hos tersebut memohon maaf kepada ibu Song Seung-heon atas salah faham itu dan mengatakan bahawa dia akan menyalurkan rasa suka dia buat Cha Eun-woo.
Kesian Song Seung-heon kena tuduh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.