Ikuti Kami:

“Dia Cuba Tipu..” – Peminat Jumpa Bukti Kim Soohyun Bercinta Dengan Kim Saeron Pada 2016?

“Dia Cuba Tipu..” – Peminat Jumpa Bukti Kim Soohyun Bercinta Dengan Kim Saeron Pada 2016?

Adakah Kim Soo-hyun benar-benar pernah bercinta dengan mendiang Kim Sae-ron dahulu?

Sejak semalam, media Korea mula bersembang mengenai kemungkinan sebenar di sebalik hubungan kedua-dua pelakon itu. Ini berlaku selepas ibu saudara mendiang mendedahkan bahawa lelaki itu pernah bercinta dengan Kim Sae-ron sedari usia wanita itu 15 tahun dan dirinya, 27 tahun.

Malah hubungan itu berlangsung selama 6 tahun sebelum mereka memutuskan hubungan pada 2021. Pada ketika Kim Sae-ron terpalit isu memandu dalam keadaan mabuk, agensi yang turut dimiliki Kim Soo-hyun itu telah berjanji akan membayar kesemua ganti rugi. Tapi tak lama kemudian, selepas kontrak Kim Sae-ron tamat, mereka mula menghantar notis meminta mendiang melunaskan kesemua hutang itu.

Walaupun dihubungi berkali-kali namun Kim Soo-hyun dikatakan tidak endah dengan panggilan Kim Sae-ron sehingga mendorong wanita itu untuk memuat naik gambar swafoto mereka di media sosial bagi menarik perhatian lelaki tersebut. Malangnya kehidupan mendiang terus merudum sebelum dia memilih untuk mengambil nyawanya sendiri.

kim soohyun dating kim saeron

Menerusi sumber dari laman komuniti Korea, peminat dikatakan menjumpai bukti bahawa Kim Soo-hyun dan Kim Sae-ron benar-benar pernah bercinta dahulu. Dari gambar swafoto yang dimhuat naik mendiang, mereka dapat menyamakan foto tersebut dengan beberapa gambar Kim Soo-hyun yang digunakan untuk mempromosikan telefon bimbit ZUK yang dimilikinya pada 2016.

Komen netizen lain,

  • Stail rambutnya sama.
  • Jijik lelaki 27 tahun bercinta dengan remaja 15 tahun.
  • Dia baru masuk tahun pertama sekolah menengah tinggi.
  • Baju dan imejnya nampak sama dengan gambar swafoto tu.

Setakat ini, agensi Kim Soo-hyun bertegas bahawa semuanya hanyalah dakwaan palsu dan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...