Ikuti Kami:

“Dia Cium Paksa & Jilat..” – Anggota MADEIN Dakwa CEO Agensi Lakukan Serangan Seksual?

“Dia Cium Paksa & Jilat..” – Anggota MADEIN Dakwa CEO Agensi Lakukan Serangan Seksual?

Agensi MADEIN menafikan tuduhan gangguan seksual oleh CEO mereka berikutan pendedahan rakaman audio daripada seorang ahli kumpulan itu.

Pada pagi 23 November, agensi MADEIN, 143 Entertainment, menolak tuduhan tersebut sebagai “tidak berasas sama sekali.”

Dipaksa secara seksual

Kontroversi ini bermula pada 22 November apabila rancangan “Incident Manager” menyiarkan dakwaan mengejutkan bahawa CEO agensi sebuah kumpulan wanita baru telah melakukan gangguan seksual terhadap salah seorang ahlinya.

Mangsa mendakwa bahawa CEO tersebut menggunakan ancaman untuk memaksanya terlibat dalam sentuhan fizikal yang tidak diingini dan membuat permintaan yang tidak sesuai. Dalam rakaman audio, dia mendedahkan bahawa CEO itu memintanya menjadi “teman wanita untuk sehari” sebagai balasan untuk membenarkannya meneruskan promosi. Mangsa juga menggambarkan bahawa dia telah dicium dan dijilat secara paksa, menghadapi komen tidak senonoh tentang tubuhnya, dan dipaksa bertahan selama dua jam walaupun dia berkali-kali menolak.

Menurut “Incident Manager”, kumpulan wanita tersebut telah debut pada bulan September tahun ini, dan ahli yang menjadi mangsa telah menghentikan aktivitinya kerana kesihatannya yang merosot dengan cepat.

Penafian agensi

Spekulasi dalam talian menunjuk kepada MADEIN sebagai kumpulan yang dimaksudkan, memandangkan mereka debut pada bulan September dan ahli Gaeun baru-baru ini mengumumkan ingin berehat penjang. Apabila kontroversi semakin menular, 143 Entertainment mengeluarkan kenyataan menafikan semua tuduhan.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari 143 Entertainment:

Ini adalah 143 Entertainment.

Kami ingin berkongsi pendirian rasmi kami mengenai isu yang dilaporkan di “Incident Manager” semalam.

Pertama, kami tegaskan bahawa tiada gangguan seksual atau sebarang bentuk hubungan seksual secara paksaan antara ahli yang disebutkan dan CEO. Dakwaan yang dilaporkan adalah tidak benar.

Selain itu, mengenai aktiviti ahli tersebut di hotel, kami ingin menjelaskan bahawa ia adalah pertemuan dengan kenalan dalam suasana berkumpulan.

Kandungan yang dilaporkan adalah berdasarkan salah tafsiran oleh individu-individu lain dan bukannya oleh ahli yang terlibat, dan kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa tuduhan ini tidak berasas sama sekali.

Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kebimbangan yang disebabkan oleh situasi yang tidak dijangka dan malang ini.

madein

Walau bagaimanapun, kesemua peminat tidak mempercayai kenyataan ini dan berterusan meminta keadilan terhadap gangguan emosi dan fizikal yang dilalui Gaeun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...