Ikuti Kami:

“Dia Cium..” – Fan Service Terbaik! Han Sohee Beri Hadiah Istimewa Buat Peminat Di Paris

“Dia Cium..” – Fan Service Terbaik! Han Sohee Beri Hadiah Istimewa Buat Peminat Di Paris

Peminat Han So-hee telah berkongsi pengalaman indah mereka selepas mendapat hadiah daripada pelakon tersebut.

Baru-baru ini, Han So-hee telah menarik perhatian ramai peminat di Paris selepas dia menghadiri satu pertunjukkan fesyen bagi jenama barang kemas mewah, Boucheron.

Daripada penampilannya sehingga ke personaliti di sebalik kamera ketika dia sedang berpesta, semua perkara yang dilakukan oleh pelakon tersebut sentiasa menjadi perbualan ramai.

Salah satu kelakuannya yang menjadi bualan dan tular di media sosial ialah apabila dia dilihat menghulurkan hadiah istimewa kepada peminat yang menunggunya di luar hotel.

Di mana, Han So-hee telah menghadiahkan kepingan kertas yang mengandungi tanda tangan dan kesan gincu ciumannya berserta mesej buat peminat.

Malah, Han So-hee juga dilaporkan telah menghabiskan masa lapangnya di hotel untuk menyediakan hadiah tersebut dengan lebih awal buat peminatnya, ianya kerana dia tahu bahawa jadualnya yang sibuk tidak akan membenarkan dia berinteraksi dengan peminat dengan lebih lama.

Untung dekat siapa yang dapat hadiah dari Han So-hee tu kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...