Dah lama menjalinkan hubungan, Kim Woo-bin dan Shin Min-ah pastinya sentiasa memberikan sokongan pada satu sama lain.
Baru-baru ini, Shin Min-ah telah terlibat dalam satu temu bual, susulan tayangan drama terbarunya “Karma” yang disiarkan di Netflix.
Selain bercakap tentang wataknya, wanita itu turut ditanya sekiranya teman lelakinya, Kim Woo-bin, cemburu kerana dia sering dipilih sebagai wanita idaman ramai selebriti di luar sana. Responnya,
Tidak sama sekali.
Mengenai reaksi Kim Woo-bin tentang “Karma”, Shin Min-ah berkongsi,
Dia kata dia suka menontonnya.
Sementara itu, “Karma” telah berjaya menduduki tangga ke-4 di ranking global Netflix manakala no 1 di beberapa negara termasuklah Malaysia.
Pasangan bahagia!