Ikuti Kami:

“Dia Buli Pelajar OKU & Yang Lemah..” – Mangsa Dedah Kisah Ketika Sekolah, Park Kyung BLOCK B Mohon Maaf

“Dia Buli Pelajar OKU & Yang Lemah..” – Mangsa Dedah Kisah Ketika Sekolah, Park Kyung BLOCK B Mohon Maaf

Baru-baru ini, seorang individu telah tampil dan mendedahkan bahawa Park Kyung (kumpulan BLOCK B) pernah menjadi seorang buli ketika di sekolah.

Menurut individu tersebut, Park Kyung dan juga rakannya yang lain akan mengambil duit dan barangan daripada pelajar yang lebih lemah di pagar belakang sekolah mereka. Malah, dia juga didedahkan turut merokok, meminum arak dan mencarut sejak sekolah pertengahan lagi. Tambahnya lagi, Park Kyung turut berlagak bahawa dia sudah pun melakukan hubungan intim dengan pelajar perempuan daripada sekolah lain memandangkan mereka sekolah lelaki.

Park Kyung adalah seorang yang menakutkan kepada pelajar yang lebih lemah, Dia akan memukul pelajar kurang upaya dan juga pelajar yang lebih muda. Bahkan dalam rakan sekelasnya, dia akan memilih pelajar yang paling lemah dan memukul mereka.

Sebagai salah seorang mangsa, individu tersebut berasa sedih melihat Park Kyung mencapai kejayaan dan menggambarkannya sebagai hipokrit dan menyarungkan imej palsu. Dengan mendedahkan hal tersebut, dia berharap agar penyanyi itu akan berasa menyesal.

Apabila ditanya kenapa tidak mendedahkan hal ini lebih awal, individu tersebut menjelaskan bahawa Park Kyung yang tidak mempunyai peranan yang besar dalam BLOCK B ataupun muncul sendirian, jadi ia tidak berapa menyakitkan. Walaubagaimanapun, memori hitam itu kembali menghantuinya selepas penyanyi itu digelar sebagai ‘seorang yang baik dan hebat’ oleh media.

park kyung buli

Lebih megejutkan apabila individu tersebut turut mengatakan bahawa Park Kyung sedar mengenai mangsanya dan pernah melawat mereka dua ke tiga tahun lepas bagi meminta mereka untuk menutup mulut.

Selepas berita ini hangat diperkatakan, Park Kyung telah menjelaskan segalanya menerusi laman media sosial miliknya,

Hello, ini adalah Park Kyung. Saya ada melihat entri yang dimuat naik mengenai kisah ketika saya masih bersekolah.

Saya memohon maaf dan jujur meminta maaf kepada semua yang terluka disebabkan oleh saya pada ketika itu. Dan juga kepada mereka yang terus disakiti apabila memori tersebut kembali setiap kali melihat saya.

Ketika saya masih di sekolah rendah, saya hanya fokus terhadap pelajaran. Tetapi saya sering diusik dan dipandang rendah oleh rakan sebaya yang lain kerana ahal tersebut.

Saya berbadan kecil berbanding rakan saya yang lain dan saya membawa memori tersebut ketika memasuki sekolah pertengahan.

Saya benci dipandang sebagai ‘pelajar contoh’ dan saya sukakan perhatian dan rakan-rakan yang berada di sekitar saya nampak hebat.

Saya mahu menyesuaikan diri dengan mereka dan melakukan perkara memalukan bersama mereka. Saya berasa bahawa saya tak akan dipijak oleh orang lain sekiranya saya bersama mereka. Saya menyesal dengan perangai tidak matang saya semasa remaja.

Saya sedar bahawa saya sedang melalui kehidupan yang sibuk dan orang yang disakiti tidak akan lupa mengenai memori tersebut. Malah kesalahan itu tidak boleh dilihat dalam sudut yang wajar.

Saya meminta semua yang terluka kerana perbuatan tersbeut menghubungi saya secara terus ataupun menerusi agensi. Saya akan berjumpa dengan anda secara peribadi dan memohon maaf.

Saya sangat takut anda akan merasakan bahawa saya hanya berlakon dan tidak konsisten selepas membaca isu ini, Walaubagaimanapun, saya akan berasa lebih malu jikalau saya menjelaskan isu ini menerusi agensi. Sebab itu saya menulisnya sendiri.

Saya mohon maaf sekali lagi.

Semoga Park Kyung akan muhasabah diri dan mangsanya juga akan dapat memadam memori hitam tersebut dan hidup bahagia selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...