Ikuti Kami:

“Dia Bukan Siapa Pun Tanpa ‘Running Man’..” – Jeon Somin Dikritik Kerana ‘Senyap’

“Dia Bukan Siapa Pun Tanpa ‘Running Man’..” – Jeon Somin Dikritik Kerana ‘Senyap’

Apa agaknya keadaan Jeon So-min sekarang..

Selepas meninggalkan “Running Man” pada tahun lalu, ramai yang menantikan naskhah lakonan terbaru dari Jeon So-min. Walau bagaimanapun, peminat berterusan berasa hampa kerana tiada kemas kini terbaru mengenai pelakon tersebut.

Terbaru, KingKong by Starship mengumumkan bahawa kontrak eksklusif mereka bersama Jeon So-min selama 4 tahun sudah pun tamat. Jelas mereka, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan bersama.

Disebabkan itu, ramai yang mempersoalkan mengapa Jeon So-min meninggalkan “Running Man” sedangkan itu merupakan projek yang membantu melonjakkan namanya dalam industri.

jeon somin

Komen yang lain,

  • Apa yang mahu dilakukannya..
  • Saya rasa pilihan untuk meninggalkan ‘Running Man’ adalah keputusan terburuknya.
  • Saya terfikir mengapa dia meninggalkan ‘Running Man’.
  • Lee Kwang-soo lepas keluar ‘Running Man’ pun terpaksa kembali ke rancangan hiburan sebab tak ada projek lakonan.

Entah lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   MLBPARK

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...