Ikuti Kami:

“Dia Bukan Seperti Dari Bumi” – Berlakon Dalam ‘Vincenzo’, Ri Woojin Banjiri Song Joongki Dengan Pujian

“Dia Bukan Seperti Dari Bumi” – Berlakon Dalam ‘Vincenzo’, Ri Woojin Banjiri Song Joongki Dengan Pujian

Meskipun “Vincenzo” popular pada awalnya kerana dibintangi Song Joong-ki, Jeon Yeo-bin dan Ok Taec-yeon namun tidak dapat dinafikan bahawa pelakon sampingan menambahkan seri lagi kepada drama tersebut.

Menjalani satu temu bual baru-baru ini, Ri Woo-jin yang melakonkan watak sami Buddha yang memiliki tokong di Geumga Plaza turut menarik perhatian ramai. Walaupun nampak tenang namun dia turut membanting tenaga apabila melawan anasir jahat yang cuba merampas bangunan tersebut daripada mereka.

Kalau anda nak tahu, Ri Woo-jin mempunyai pengalaman selama 20 tahun sebagai pelakon dan telah menerajui teater bertajuk “Returning” selama 6 tahun sebagai sami. Lantas merupakan faktor utama dia ditawarkan membawa watak yang sama dalam “Vincenzo”.

ri woojin vincenzo

Apabila ditanya mengenai keserasian dengan Song Joong-ki, ini merupakan perasaan Ri Woo-jin,

Song Joong-ki tak nampak seperti manusia di bumi. Saya melihatnya buat pertama kali menerusi drama ini, bukan sahaja tampan tetapi langsung tidak berlagak seperti bintang membuatkan saya suka dengannya. Dia sopan dengan senior dan baik terhadap junior.

Bahkan Ri Wooo-jin sempat berkongsi cerita ketika penggambaran awal dengan Song Joong-ki yang membuatkan dia tersentuh,

Saya tidak rapat dengannya namun pada penggambaran awal, dia menghampiri selepas melihat pakaian sami saya dan berkata ‘Senior, awak tak sejuk ke?’ dan mengambil baju sejuk panjang daripada kereta dan memberikannya kepada saya.

ri woojin vincenzo

Bukan itu sahaja, pelakon berpengalaman ini menjelaskan bahawa kesemua pelakon “Vincenzo” sangat gembira di set penggambaran dan berkata mahu merakamkan drama ini sampai bila-bila.

Seronoknya tengok keakraban mereka kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...