Ikuti Kami:

“Dia Buat Semua Orang Gembira” – Jeon Yeobin Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Song Joongki Dalam ‘Vincenzo’

“Dia Buat Semua Orang Gembira” – Jeon Yeobin Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Song Joongki Dalam ‘Vincenzo’

Pelakon Jeon Yeo-bin baru-baru ini telah melakukan temu bual dengan Star News, untuk bercakap tentang drama popularnya “Vincenzo”!

“Vincenzo” membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat. Jeon Yeo-bin berkongsi,

Set penggambaran ‘Vincenzo’ adalah seperti taman permainan. Walaupun tidak mempunyai penggambaran yang dijadualkan, awak boleh pergi melawat penggambaran orang lain. Semua orang suka drama ini kerana semua watak bergantung antara satu sama lain. Song Joong-ki, sebagai watak utama ‘Vincenzo’, adalah seperti sinar matahari yang tersebar kepada semua orang, kerana dia membuatkan semua orang gembira di set. Pengarah Kim Hee-won juga memberi kami banyak kekuatan.

jeon yeobin kim yeojin

Dia juga berkongsi bahawa semua pelakon masih terus berhubung sehingga kini.

Saya pergi menonton lakonan Kim Yeo-jin, yang memainkan watak Choi Myung-hee. Choi Myung-hee adalah watak yang melampaui jantina. Dia bukan ‘watak wanita jahat’, dia seorang penjahat yang tidak ada kena mengena dengan jantinanya. Saya rasa watak itu boleh wujud kerana Choi Myung-hee. Seronok betul berlakon dengan dia. Saya rasa ia akan menjadi lebih seronok jika Choi Myung-hee dan Hong Cha-young lebih banyak bertelagah.

Jeon Yeo-bin juga mengulas tentang kerjaya lakonannya. Katanya,

Semasa saya mula berlakon, saya rasa saya mula lewat berbanding rakan sebaya yang lain. Tetapi apabila saya memikirkannya, saya tidak terlambat sama sekali. Ia hanya sesuai untuk saya. Saya tidak begitu cepat secara semula jadi, jadi saya perlu pergi selangkah demi selangkah. Saya rasa saya bermula betul-betul apabila saya sudah bersedia, dan sejak kebelakangan ini saya berfikir bahawa tiada masa yang ditetapkan untuk apa-apa jenis kerja. Ibu bapa saya mempercayai saya, tetapi saya sentiasa ragu-ragu tentang diri saya. Tetapi ini adalah sesuatu yang dilalui dan akan terus dilalui oleh semua orang. Bertahan dan berjuang dengan diri sendiri adalah kerja rumah dalam hidup saya.

jeon yeobin

Drama “Vicenzo” memang best kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...