Ikuti Kami:

“Dia Berusaha Cari Kertas” – Peminat Kongsi Kisah Terjumpa Han Sohee, Kelakuan Baik Dipuji Ramai

“Dia Berusaha Cari Kertas” – Peminat Kongsi Kisah Terjumpa Han Sohee, Kelakuan Baik Dipuji Ramai

Bukan senang nak jumpa artis kegemaran secara bersemuka kan? Pastinya berdebar!

Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang individu di laman komuniti ini, pertemuannya bersama Han So-hee nyata membuatkan ramai yang kian terpersona dengan perwatakan pelakon itu.

Merupakan peminat Han So-hee, kongsi individu berkenaan,

Saya berjumpa dengan So-hee unni di restoran hari ini. Saya merasakan tidak sopan untuk bercakap ketika dia sedang makan, jadi ketika itu, saya menulis surat buatnya. Disebabkan tiada kertas, jadi saya meluahkan perasaan seorang peminat di atas sekeping tisu dan menulisnya.

han sohee

Kemudian,

Saya mendekatinya dengan berhati-hati dan memberikan surat itu, dan dia mengucapkan terima kasih tanpa berasa menyampah pun. Ekspresinya sangat menyejukkan hati, saya mempunyai kekuatan untuk meminta tandatangan. Bahkan unni mencari kertas untuk masa yang lama kerana dia tidak memilikinya, dia turut bertanya kepada staf restoran.

Tambahnya lagi,

Sya tidak kisah sebenarnya kerana dia perlu mecari kertas untuk masa yang lama. Dia kemudiannya meminta nama saya, dia sangat baik.

han sohee instagram

Bukan omongan kosong, Han So-hee sendiri dilihat memuat naik sekeping tisu dengan tulisan penghargaan daripada peminat menerusi Instagram Story. Entri ini sekaligus membuktikan bahawa cerita individu berkenaan merupakan kisah sebenar.

Mendengarkan perkongsian cerita ini, ramai yang memuji Han So-hee kerana melayan peminat dengan baik meskipun dia didatangi ketika meluangkan masa peribadi.

Baik kan Han So-hee?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...