Ikuti Kami:

“Dia Bertuah Kahwin Dengan Saya” – Ramai Terhibur Lihat Son Yejin Suka Sakat Hyunbin

“Dia Bertuah Kahwin Dengan Saya” – Ramai Terhibur Lihat Son Yejin Suka Sakat Hyunbin

Pasti ramai yang turut bergembira melihat pasangan bahagia Son Ye-jin dan Hyunbin kan?

Terbaru pada 20 September, Son Ye-jin telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan golf di YouTube, yang dihoskan oleh Lim Jin-han.

Pada awalnya, pengacara bertanya sekiranya Son Ye-jin kerap bermain golf dalam tempoh dua tahun lepas. Kongsi wanita itu,

Malangnya tidak. Saya sebenarnya tidak dapat bermain banyak selepas berkahwin dan bersalin.

Kemudian, Son Ye-jin turut berkongsi bahawa Hyunbin banyak mengajarnya untuk bermain golf,

Dia seorang pemain golf yang hebat. Apabila saya ingin menyertai program anda, saya memintanya untuk membantu meningkatkan kemahiran golf saya. Jadi, saya membawanya bersama setiap kali saya pergi bermain golf. Dia mengajar saya dengan baik dan kami berlatih bersama. Dia beritahu apa yang saya salah lakukan dan sebagainya.

son yejin hyunbin

Selain itu, pengacara juga mengimbas kembali pada majlis perkahwinan mereka yang menjadi bualan ramai pada ketika itu. Lim Jin-han berkata,

Saya masih ingat lelaki berkata ‘Oh, saya cemburu dengan Hyunbin. Berkahwin dengan seseorang seperti Son Ye-jin? Dia mesti telah menyelamatkan planet dalam kehidupan sebelumnya!’. Kemudian yang wanita berkata ‘Son Ye-jin bertuah kerana dia berkahwin dengan Hyunbin’.

Respon pelakon wanita itu secara berseloroh,

Bukankah orang berkata bahawa dia lebih bertuah dari saya?

Suka tau Son Ye-jin ni sakat Hyunbin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...