Ikuti Kami:

“Dia Beritahu Saya..” – Dah Lama Berkawan, Ahn Bohyun Dedah Kim Woobin Sebab Ceburi Bidang Lakonan

“Dia Beritahu Saya..” – Dah Lama Berkawan, Ahn Bohyun Dedah Kim Woobin Sebab Ceburi Bidang Lakonan

Ahn Bo-hyun telah menceritakan hubungan persahabatannya bersama Kim Woo-bin.

Pada 14 Mei yang lalu, Ahn Bo-hyun telah menjadi tetamu dalam rancangan “Whenever There’s A Chance”, di mana, pelakon itu telah mendedahkan sebab utama dia menceburi bidang lakonan.

Katanya,

Masa saya jadi atlet sukan tinju, keluarga saya mula risau dengan masa depan kerjaya saya. Sebab itu saya cuba untuk jadi askar.

Tambahnya,

Tapi, selepas kami habis belajar, Kim Woo-bin tiba-tiba beritahu saya yang dia ingin pindah ke Seoul untuk ceburi bidang lakonan.

 

 

ahn-bo-hyun (1)

Sambungnya lagi,

Lepas saya dengar ayat-ayat dia, saya terus dapat inspirasi untuk jadi pelakon. Saya berpindah ke Seoul sejurus selepas saya menghabiskan perkhidmatan ketenteraan saya.

Tidak berhenti di situ, Ahn Bo-hyun turut berkongsi cerita di mana dia perlu melakukan pelbagai jenis kerja sambilan untuk meneruskan hidupnya sebelum bergelar pelakon terkenal.

Nampak la betapa rapatnya hubungan Kim Woo-bin dengan Ahn Bo-hyun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sport Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...