Ikuti Kami:

“Dia Belikan Saya Makanan..” – Shin Siah Kongsi Kim Dami Beri Sokongan Buat ‘The Witch 2’

“Dia Belikan Saya Makanan..” – Shin Siah Kongsi Kim Dami Beri Sokongan Buat ‘The Witch 2’

Pada 24 Mei, sidang akhbar bagi filem “The Witch: Part 2. The Other One” telah diadakan.

Untuk pengetahuan, pelakon utama bagi filem ini iaitu Shin Si-ah akan memainkan watak sebagai ‘The Girl’, yang muncul ke dunia buat kali pertama selepas bangun di makmal penyelidikan rahsia.

Umum pasti mengetahui, bahawa Kim Da-mi sebelum ini telah mendapat perhatian hebat daripada penampilannya dalam bahagian pertama filem “The Witch”. Apabila ditanya sama ada dia tertekan kerana dibandingkan dengan Kim Da-mi, Shin Si-ah berkongsi pendapat jujurnya,

Kim Da-mi unnie berlakon dengan sangat baik, jadi saya merasakan banyak tekanan.

shin siah the witch

Shin Si-ah turut mendedahkan bahawa Kim Da-mi memberinya banyak nasihat. Dia bercerita sambil tersenyum,

Dia membelikan saya makanan yang lazat. Dia memberitahu saya, ‘Si-ah, awak sedang melakukan yang terbaik’. Ia melegakan dan membuatkan saya berasa tenang.

Bagi yang belum tahu, “The Witch 2: The Other One” ialah filem aksi tentang apa yang berlaku apabila pasukan berbeza mengejar ‘The Girl’, yang terselamat bersendirian dan melarikan diri dari institut penyelidikan rahsia yang dahsyat, untuk tujuan yang berbeza. Ianya akan dibintangi oleh Shin Si-ah dan Park Eun-bin serta Kim Da-mi dan Lee Jong-suk akan membuat penampilan istimewa.

Sweet kan Kim Da-mi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...