Ikuti Kami:

“Dia Bawa Dumbbell..” – Song Kang Akui Cemburu Lihat Badan Sasa Pelakon Wanita Ini

“Dia Bawa Dumbbell..” – Song Kang Akui Cemburu Lihat Badan Sasa Pelakon Wanita Ini

Pelakon ini dipuji ramai disebabkan oleh tubuh badannya yang sasa di dalam “Sweet Home 2”.

Ketika ditemu bual mengenai drama “Sweet Home 2”, Go Min-si dan Lee Si-young telah mendedahkan bahawa Song Kang sering bertanya kepada pelakon-pelakon tersebut sama ada badannya kelihatan sasa atau tidak.

Walaupun mereka mengakui perubahan badan Song Kang yang semakin berotot, terdapat seorang lagi pelakon drama itu yang turut mendapat perhatian ramai kerana tubuh badannya.

Di mana, Song Kang telah mengakui bahawa dirinya kagum akan dedikasi Lee Si-young untuk bersenam. Malah, pelakon wanita itu juga didapati sentiasa menyimpan ‘dumbbell’ di sisinya ketika melakukan penggambaran.

lee siyoung

Dalam masa yang sama, Jin-young juga mengakui perkara tersebut dan berkata,

Saya dan Lee Si-young bersenam dengan jurulatih yang sama dan saya sangat terkejut bila dapat tahu yang dia boleh angkat berat dengan senang.

jinyoung

Walaupun kehidupan rumahtangganya sudah sibuk terutamanya ketika membesarkan anak, Lee Si-young tidak pernah menjadikannya sebagai penghalang buat dia untuk kekal bersenam.

Malah, tubuh badannya juga telah membuatkan ramai cemburu dan menginginkan bentuk tubuh badan seperti itu.

Kalau orang lihat Lee Si-young, mesti mereka tak percaya kan yang pelakon ni dah ada seorang anak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...