Ikuti Kami:

“Dia Banyak Tolong..” – Jungkook Akui Bergantung Pada Han Sohee Ketika Penggambaran MV ‘Seven’

“Dia Banyak Tolong..” – Jungkook Akui Bergantung Pada Han Sohee Ketika Penggambaran MV ‘Seven’

Mesti ramai kan yang dah tengok muzik video Jung-kook (feat. Latto) “Seven”?

Bagi yang belum tahu, Jung-kook BTS telah melancarkan lagu solonya “Seven” dan turut menampilkan pelakon Han So-hee sebagai watak utama wanita dalam muzik video tersebut.

Terbaru pada 14 Julai, ahli termuda BTS itu telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse, di mana dia berborak mengenai lagu “Seven” bersama peminat.

Khususnya dalam siaran langsung itu, Jung-kook turut meluahkan rasa syukurnya kepada Han So-hee, kerana banyak membantunya ketika penggambaran. Dia berkata,

Han So-hee ialah watak utama wanita dan dia banyak membantu saya semasa penggambaran. Pada mulanya, saya tertanya-tanya bagaimana saya harus melakukannya tetapi apabila kamera on, dia terus berlakon dengan sangat baik.

Sambung Jung-kook lagi,

Saya bergantung padanya sedikit dan saya rasa dia banyak menolong saya jadi, saya boleh melakukannya dengan baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya.

Memang ngam kan keserasian mereka dalam MV “Seven” ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...