Dah berbelas tahun bersama, Soo-young dan Jung Kyung-ho pastinya dah saling mengenali satu sama lain.
Baru-baru ini menerusi program “New Menu Release: Pyeon Restaurant”, chef Jin Seo-yeon telah menelefon Soo-young Girls’ Generation untuk bertanya tentang khabarnya.
Selain menceritakan tentang perkembangan masing-masing, Jin Seo-yeon turut bertanya,
Sekarang ni, apa yang awak selalu masak kat rumah? Bukan ke Jung Kyung-ho pandai masak?
Respon Soo-young dengan bercakap tentang kebolehan teman lelakinya,
Oppa pandai dalam semua benda. Antara masakan kegemaran saya darinya adalah mee goreng.
Sambungnya lagi berseloroh,
Sejujurnya, saya lebih hebat memasak. Saya pandai masak bulgogi dan ayam goreng berempah.
Elele bersemut la diorang ni!