Susulan keluar dakwaan mengenai Kim Soo-hyun bercinta dengan Kim Sae-ron ketika mendiang berusia 15 tahun, ada juga yang mempersoalkan tentang keberadaan ahli keluarga wanita tersebut pada ketika itu.
Menerusi saluran YouTube Garo Sero Institute Research, ibu saudara Kim Sae-ron menjelaskan bahawa pada awalnya, mendiang tidak berminat dengan Kim Soo-hyun namun, lelaki itu terus berusaha untuk mendekatinya,
Sae-ron dah memberi amaran tapi Soo-hyun berkata kepadanya ‘Saya sangat mengambil berat tentang awak. Saya serius.’ Itulah yang dia katakan kepada seorang gadis muda.
Mengenai sebab keluarga tidak menghalangnya untuk bercinta dengan lelaki yang jauh lebih berusia, ibu saudara menjelaskan,
Ibu bapanya baru tahu tentang hubungan mereka ketika dia di sekolah menengah. Mereka sangat menentang hubungan itu tetapi susah untuk dia dengar kata ibu bapanya sebab dah mula ‘terikat’ dengan lelaki itu.
Meskipun tidak direstui keluarga, Kim Sae-ron dipercayai tetap meneruskan hubungannya dengan Kim Soo-hyun, walaupun ketika lelaki itu sedang berkhidmat dalam tentera.
Sementara itu, agensi memaklumkan bahawa Kim Soo-hyun akan tampil dengan penjelasan penuh berkaitan dakwaan yang dibuat, pada minggu depan.