“Dia Akan Mati Dengan Teruk..” – Terima Ugutan Bunuh, Peminat Gesa Agensi Lindungi V BTS
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Seorang selebriti popular pastinya tidak dapat lari dari menerima kecaman bahkan lebih teruk, menerima pelbagai ugutan.
Baru-baru ini, salah seorang pengguna tanpa nama di laman X (Twitter) telah membuat satu ugutan bunuh kepada V BTS.
Dalam hantaran yang dimuat naik, pengguna dengan username @noonakim27 menulis bahawa dia sudah berada di hadapan rumah idola itu dan bila-bila saja akan menyerang serta membunuhnya. Tulisnya pada awalnya,
Hello, ini adalah amaran. Saya akan membunuh Tae-hyung (nama sebenar V), saya telah pergi ke rumahnya untuk seketika sekarang. Dia akan mati dengan kematian yang paling teruk.
PROTECT YOUR ARTIST
PROTECT TAEHYUNG pic.twitter.com/1Mc4K61krx— CHINA Baidu Vbar (@KIMTAEHYUNGBAR_) November 15, 2023
Sambung pengancam itu lagi,
Saya berada di hadapan rumahnya tetapi nampaknya semakin ramai orang bersamanya ketika ini. Jadi saya akan menunggu dia bersendirian sebelum menyerangnya.
Tae-hyung seorang yang bersifat perkauman. Saya sangat membencinya dan itulah sebabnya saya akan membunuhnya.
Untuk pengetahuan, akaun tersebut telah pun ditutup kini kerana melanggar peraturan di laman X.
Sementara itu, peminat juga menggesa agar agensi segera mengambil tindakan tegas mengenai isu dan memberi kawalan keselamatan yang lebih ketat kepada V.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




