Ikuti Kami:

“Dia Akan Jadi Ayah Yang Hebat” – Peminat ‘Cair’ Lihat Park Seojoon Main Dengan Anak Pengurus

“Dia Akan Jadi Ayah Yang Hebat” – Peminat ‘Cair’ Lihat Park Seojoon Main Dengan Anak Pengurus

Korang dah subscribe belum akaun YouTube Park Seo-joon?

Pada 22 Mac, Park Seo-joon telah memuat naik video baharu di saluran YouTube miliknya, di mana dia menunjukkan kasih sayang yang paling manis untuk anak pengurusnya.

Dalam video ini, Park Seo-joon sedang mengambil bahagian dalam penggambaran. Semasa rehat, Park Seo-joon pergi menemui pelawat istimewa yang datang ke tempat kerjanya, iaitu anak lelaki pengurusnya. Park Seo-joon berjalan ke arah bayi itu, dan merenungnya dengan senyuman lebar di wajah. Dia mencucuk kedua-dua belah pipinya, dan bayi itu tersenyum dan menunjukkan beberapa gerakan gembira.

Apabila pengurus Park Seo-joon melihat mereka, dia berkata,

Anak saya tidak tersenyum kepada orang lain apabila mereka menyentuh dia seperti itu.

youtube park seojoon

Park Seo-joon kemudiannya membawa bayi itu ke bilik menunggu di mana kakitangan lain berada, dan meminta mereka untuk mengambil gambarnya bersama dengan bayi itu. Pada ketika itu, bayi itu tiba-tiba mula menangis, nampaknya terlalu ramai orang di dalam bilik itu mengejutkannya. Pengurus Park Seo-joon datang dan membawa bayi itu ke bilik lain, manakala Park Seo-joon meminta maaf kepadanya.

Di bawah video ini, ramai peminat telah meninggalkan komen mengatakan bagaimana Park Seo-joon akan menjadi bapa yang luar biasa suatu hari nanti.

Tak sabar nak tengok Park Seo-joon ada anak sendiri nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...