Ikuti Kami:

“Dia Agak Sensitif..” – Song Jihyo Ulas Kontroversi Diminta Keluar ‘Running Man’ Dek Terlalu Diam

“Dia Agak Sensitif..” – Song Jihyo Ulas Kontroversi Diminta Keluar ‘Running Man’ Dek Terlalu Diam

Mungkin nampak seperti biasa sahaja, tapi sepertinya Song Ji-hyo menyimpan perasaan mengenai kritikan penonton mengenai sikapnya yang tak endah dalam “Running Man”.

Dalam “Pinggyego”, Song Ji-hyo bersama Haha dan Ji Suk-jin telah menjadi tetamu atas jemputan Yoo Jae-suk.

Ulas lelaki itu perlahan mengenai insiden yang berlaku baru-baru ini,

Ada satu episod itu, Song Ji-hyo kelihatan senyap sahaja.

Akui pelakon wanita tersebut,

Betul tu. Saya berasa sangat bersyukur buat Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin kerana memberikan sokongan ketika ada kontroversi yang meminta saya meninggalkan ‘Running Man’.

song jihyo pinggyego

Jelasnya lagi ketika hari kejadian,

Saya menerima panggilan dari Yoo Jae-suk dan dia berkata supaya tidak membaca apa-apa artikel kini dan untuk tidak menghiraukannya. Tapi saya sebenarnya tak tahu apa-apa pun pada ketika itu.

Balas Yoo Jae-suk,

Saya tahu Song Ji-hyo agak sensitif dan saya ingatkan dia sahaja pura-pura ceria ketika menjawab panggilan itu tapi rupanya dia tak membaca artikel itu lagi.

song jihyo pinggyego

Song Ji-hyo menjelaskan bahawa Yoo Jae-suk berpesan kepadanya supaya berbuat dengan baik sahaja lagi dalam rakaman akan datang dan tak perlu risau mengenai hal lain. Pun begitu, akuinya,

Itu pertama kali saya mencari nama sendiri di portal sekali sebanyak itu berbanding dalam setahun biasanya. Selepas itu, saya bekerja lebih keras.

Song Ji-hyo turut mendedahkan bahawa dia menghubungi Ji Suk-jin selepas berita itu tular dan meminta supaya turut mengajaknya dalam perbualan dalam rancangan itu nanti.

Tambah Haha pula,

Tapi dia benar-benar hebat. Dia terus memperbaiki dirinya dalam episod akan datang dan tak nampak pun seperti ada apa-apa berlaku. Kalau saya, mesti dah murung dan asyik berfikir mengenainya.

Song Ji-hyo kuat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...