Ikuti Kami:

“Dia Agak ‘Nerd’!” – Wartawan Majalah Kongsi Pengalaman Jumpa Jennie BLACKPINK

“Dia Agak ‘Nerd’!” – Wartawan Majalah Kongsi Pengalaman Jumpa Jennie BLACKPINK

Meskipun sering dianggap sebagai seorang yang ‘dingin’ dan sombong, namun Jennie BLACKPINK sebenarnya merupakan selebriti yang amat disenangi ramai.

Pada bulan lalu, kesemua ahli BLACKPINK telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Rolling Stone.

Tidak lama kemudian, seorang wartawan yang menemu ramah Jennie untuk majalah itu, telah memuat naik satu entri di Instagram miliknya, dan turut berkongsi pengalamannya berjumpa dengan idola kesayangan ramai itu.

jennie blackpink baik

Kongsinya dalam kapsyen yang ditulis,

Penemuan paling kelakar tentang Jennie…dia agak ‘nerd’! Dia memberitahu saya secara terperinci tentang sistem pengambilan nota dua peringkatnya, semasa pergi ke sekolah di New Zealand, pengalaman yang menurutnya adalah salah satu kenangan paling menggembirakan dalam hidupnya.

Kemudian, wartawan bernama Kang Hae-ryun itu turut mendedahkan bahawa ia tidak berasa ‘nyata’ bertemu dengan Jennie secara bersemuka,

Hari ini saya melihat Jennie hampir setiap hari di lif pangsapuri saya, di mana dia mengiklankan perabot di dalam skrin kecil. Jadi adalah pelik untuk bertemu dengannya di ruang bawah tanah YG, tanpa semua solek dan pencahayaan diletakkan pada Jennie si ‘superstar’.

blackpink jennie

Menjadi seorang idola yang sering mendapat perhatian ramai, pasti ada banyak prasangka yang dibuat terhadap Jennie. Semasa sedang berborak bersama wartawan itu, Jennie memberitahu bahawa tidak semua tanggapan orang terhadapnya adalah benar. Kongsi wartawan tersebut,

Kami duduk bersendirian di dalam studio tarian yang kosong, di mana saya memberitahunya tentang tanggapan saya terhadapnya, sebahagian daripadanya dia sahkan, tetapi yang lain bercanggah. Kami bercakap tentang tanggapan secara umum, terutamanya tanggapan salah yang mengorbit kemasyhuran seperti udara.

Mesti Jennie seorang yang peramah kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...