Ikuti Kami:

“Dia Ada Skandal..” – Kim Jongkook & Pihak Produksi Bincang Calon Ahli Baru ‘Running Man’

“Dia Ada Skandal..” – Kim Jongkook & Pihak Produksi Bincang Calon Ahli Baru ‘Running Man’

Sejak kebelakangan ini, pihak produksi dan ahli “Running Man” secara terbuka menyatakan bahawa mereka sedang mencari calon untuk ahli baru.

Terbaru, video yang dimuat naik di saluran YouTube ‘GYM JONGKOOK’ telah membincangkan mengenai pelbagai kisah di belakang tabir selain turut berbincang mengenai pengambilan ahli baru bersama pihak produksi “Running Man”. Kata Kim Jong-kook,

Sebenarnya, saya terfikir agak baik untuk mencari ahli baru dengan cara ‘menyewa’. Agak sukar kalau kita tersekat dalam rutin yang sama.

running man

Tambah Choi Hyung-in iaitu pengarah program itu,

Saya rasa idola juga okay. Dengan syarat mereka boleh berbaik dengan ahli lain. Sejujurnya, saya tak rasa umur itu penting. Sebab ahli lain pun hidup dengan gaya orang muda.

Selit lelaki berbadan sasa itu lagi,

Ahli kita ada sesuatu di mana kami melihat personaliti. Kalau perasan, kita tak ada yang terlibat dengan skandal besar walaupun kita dah lama aktif. Kami pasukan yang menghargai jati diri.

Agak-agak siapa akan jadi ahli baru?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...