Ikuti Kami:

“Dia Ada ‘Penyakit Selebriti'” – Yoo Jaesuk Usik Lee Kwangsoo

“Dia Ada ‘Penyakit Selebriti'” – Yoo Jaesuk Usik Lee Kwangsoo

Siapa yang mengenali Yoo Jae-suk, pastinya tahu bahawa dia seronok mengusik adik kesayangan iaitu Lee Kwang-soo.

Malah pengacara No 1 itu sentiasa mencari peluang untuk mengenakan pelakon tinggi lampai itu. Lihat sahaja dalam episod terbaru “Unexpected Business 2”.

Ketika Jo In-sung dan Cha Tae-hyun serta tetamu jemputan Kim Woo-bin, Lee Kwang-soo dan Im Joo-hwan duduk makan bersama selepas menutup kedai, hos tersebut sempat menghubungi Yoo Jae-suk bagi berkongsi cerita.

Semasa bersembang, Cha Tae-hyun memberikan klu kepada Yoo Jae-suk siapakah tetamu mereka untuk episod itu.

Ada seorang yang awak kenali di sini.

lee kwangsoo yoo jaesuk unexpected business 2

Meskipun dapat mengagak, namun pengacara itu sahaja menyebut nama yang lain,

Yang saya kenal, mesti lah Jo In-sung kan?

Selepas mendengar suara Lee Kwang-soo, Yoo Jae-suk berpura-pura tidak mengenali dan bertanya siapakah dia. Kemudian usiknya,

Lee Kwang-soo, kenapa awak berada di situ?

Apabila Jo In-sung menyapa Yoo Jae-suk, suara lebut lelaki itu nyata membuatkan Lee Kwang-soo cemburu dek layanan berbeza,

Nada suaranya berubah.

lee kwangsoo yoo jaesuk unexpected business 2

Jo In-sung juga sempat memberikan peluang buat Yoo Jae-suk untuk menyapa Kim Woo-bin dan Im Joo-hwan yang turut berada di situ. Seloroh lelaki tersebut,

Saya tahu mengapa Lee Kwang-soo berada di situ. Mesti dia bertanggungjawab untuk bahagian komedi kan?

Yoo Jae-suk turut berpesan pada Jo In-sung supaya memberikan perhatian lebih kepada Lee Kwang-soo. Katanya,

Dia berjangkit ‘penyakit selebriti’ kini. Tolong bantu dia berubah.

Disebabkan usikan Yoo Jae-suk itu, Lee Kwang-soo nyata terkejut dan hampir tersembur makanan yang sedang dikunyahnya.

lee kwangsoo yoo jaesuk unexpected business 2

Walau bagaimanapun, di akhir perbualan mereka, Yoo Jae-suk meninggalkan kata-kata semangat buat mereka dan turut memberikan pesanan manis buat Lee Kwang-soo,

Tolong jaga Lee Kwang-soo baik-baik.

Bagi yang rindu nak tengok telatah Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo, jangan lupa saksikan mereka di dalam program terbaru Disney+ iaitu “The Zone: Survival Mission” nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...