Ikuti Kami:

Demam ‘Descendants Of The Sun’ Masih Panas, Kini Versi Filipina Dibintangi Oleh Dingdong Dantes!

Demam ‘Descendants Of The Sun’ Masih Panas, Kini Versi Filipina Dibintangi Oleh Dingdong Dantes!

Pada suatu ketika dahulu iaitu pada tahun 2016, semua orang boleh dikatakan melalui fasa ‘demam’ “Descendants Of The Sun” meskipun ada yang bukan peminat drama Korea pun. Kisah percintaan di antara kapten bagi skuad pertahanan Korea Selatan dan seorang doktor di kem tentera membuatkan ramai orang berbunga-bunga cinta semasa menonton drama itu.

Peminat fanatik semakin ‘menggila’ apabila kedua teraju utamanya iaitu Song Joongki dan Song Hyekyo membawa percintaan di dalam drama romantik itu ke dunia nyata dan mereka mengakui ke seluruh dunia bahawa mereka sedang bermadu kasih. Pada tanggal 31 Oktober 2017, kedua selebriti rupawan itu telah melangkah ke peringkat yang lebih serius dan mengikat tali perkahwinan. Tapi sayangnya selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing kerana sudah tiada persefahaman lagi.

descendants of the sun korea

Fenomena “Descendants Of The Sun” nampaknya masih panas walaupun sudah memasuki tahun 2020. Dikhabarkan bahawa satu produksi daripada stesen televisyen popular di Filipina telah mengadaptasi drama popular tersebut ke versi tempatan. Sudah memulakan tayangan sejak Februari lalu, drama dengan tajuk yang sama dibintangi oleh nama besar seperti Dingdong Dantes dan Jennylyn Mercado.

descendants of the sun filipina

Membawa kisah yang sama dengan “Descendants Of The Sun” versi asal, ramai yang teruja sebab hero popular iaitu Dingdong yang telah dipilih untuk mengemudi siri ini untuk versi Filipinanya. Respons yang diterima setakat ini boleh dikatakan baik dan ramai yang tak sabar menunggu sehingga ke akhir drama adaptasi ini, sama ada ia setanding dengan versi Korea.

Sesiapa yang rindukan “Descendants Of The Sun” dan Dingdong mungkin, anda boleh mula tonton drama ini di bawah saluran GMA Network!

Sumber: AnnyeongOppa

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...