Ikuti Kami:

“Dek Rupa Saya..” – Watak Utama Kini, Netizen Imbas Sebab Kang Hanna Ditolak Jadi Heroin Dulu

“Dek Rupa Saya..” – Watak Utama Kini, Netizen Imbas Sebab Kang Hanna Ditolak Jadi Heroin Dulu

Dikenali kerana sifat kelakarnya di dalam pelbagai program hiburan, namun Kang Han-na sebenarnya merupakan pelakon yang berbakat besar.

Tapi sayangnya, wanita itu hanya diberikan watak pelakon utama dalam drama penuh selepas berbelas tahun dalam bidang ini menerusi drama bersejarah “Bloody Heart”.

Bahkan namanya sering menjadi sebutan ramai sejak dahulu meskipun hanya membawa watak sampingan dalam drama popular seperti “My Familiar Wife”, “Start Up”, “My Roommate Is A Gumiho”, “Scarler Heart” dan banyak lagi.

kang hanna bloody heart

Usaha merupakan tangga kejayaan, dek penat lelah Kang Han-na itu, dia kini berjaya membawa watak heroin untuk drama bersejarah itu. Malah ianya merupakan satu perkara yang membuatkan peminat K-Drama melonjak gembira kerana akhirnya bakat Kang Han-na diperakui produser drama.

Terbaru, beberapa netizen sempat mengimbas kembali kisah sedih yang dilalui Kang Han-na apabila ditolak daripada membawa peranan utama hanya kerana wajahnya. Hal itu pernah dikongsikan sendiri menerusi program “Happy Together”.

Katanya,

Kata pengarah pengambilan pelakon pada ketika itu, daripada kesemua pelakon yang menghadiri uji bakat pada hari itu, saya yang paling hodoh dan kekampungan dan saya tak patut datang untuk menjalani uji bakat untuk drama lagi selepas ini.

Jelasnya lagi, dia tak pernah menangis sebelum ini namun hal tersebut membuatkan dia mengalirkan air mata tanpa henti kerana Kang Han-na merasakan bahawa usaha untuk menghafal 7 ke 8 muka surat dialog terbuang begitu sahaja, hanya kerana wajahnya.

Semoga hanya bahagia buat Kang Han-na selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...