Ikuti Kami:

Dek Popular, ‘Young Lady And Gentleman’ Dalam Perbincangan Untuk Tambah 2 Episod Lagi

Dek Popular, ‘Young Lady And Gentleman’ Dalam Perbincangan Untuk Tambah 2 Episod Lagi

Tak dinafikan drama mingguan KBS iaitu “Young Lady And Gentleman” merupakan antara popular yang menjadi kegilaan ramai kini. Bahkan rekod tertinggi untuk ratingnya mencecah 35% baru-baru ini, di mana ia merupakan satu nombor yang membanggakan.

Terbaru, laporan media mengesahkan bahawa drama itu akan ditambah lagi dua episod menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 52 episod.

Respon pihak KBS,

Disebabkan ramai yang menyukai ‘Young Lady And Gentleman’, kami sedang meneliti penambahan episod ini dengan positif.

Walaubagaimanapun, ianya masih belum disahkan memandangkan perbincangan ini perlu melalui pelbagai peringkat lagi.

kbs young lady and gentleman

Untuk pengetahuan, “Young Lady And Gentleman” membawa kisah seorang duda kaya Lee Young-guk (Ji Hyun-woo) yang membesarkan tiga anaknya sendirian selepas kematian isteri. Kemudian, cinta mula bercambah apabila Park Dan-dan (Lee Se-hee) mula menjadi tutor anak-anaknya namun semuanya tidak mudah dengan kehadiran Jo Sa-ra (Park Ha-na) yang mahukan hati lelaki itu.

Terbukti popular, drama ini menyapu pelbagai anugerah di ‘2021 KBS Drama Awards’ baru-baru ini dengan Ji Hyun-woo memenangi Anugerah Utama kerana lakonan hebatnya sebagai Lee Young-guk. Malah OST yang dinyanyikan oleh Lim Young-woong bertajuk “Love Always Ru” turut menduduki tangga tinggi di carta muzik domestik.

Popular betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...