Ikuti Kami:

Dek Masalah Rumah Tangga Dalam ‘The World Of The Married’, Han Sohee Dedah Tidak Mahu Berkahwin

Dek Masalah Rumah Tangga Dalam ‘The World Of The Married’, Han Sohee Dedah Tidak Mahu Berkahwin

Bukan sahaja peminat K-Drama malahan pelakon Han So-hee sendiri tidak menyangka bahawa dia akan menempa populariti yang ‘panas’ dek penangan drama “The World Of The Married”.

Pun begitu, dalam kebahagiaan tersebut, wanita itu mengakui bahawa dia mengalami kesukaran dalam menjayakan watak Yeo Da-kyung iaitu seorang wanita perampas. Sampaikan Han So-hee dedah dia tidak mahu berkahwin kerana terkesan dengan kandungan drama itu.

the world of the married

Tapi kecurangan bukan sahaja alasan yang membuatkan wanita itu takut dengan perkahwinan kini.

Saya tidak rasa saya boleh berkahwin, bukan sahaja disebabkan kecurangan. Melihatkan watak Go Ye-rim dan Son Jae-hyuk, terlampau banyak syak wasangka, kegelisahan, ketidakpercayaan dan rasa kekurangan dalam perkahwinan mereka.

Kerana “The World Of The Married”, mata Han So-hee mula terbuka luas mengenai masalah di antara pasangan suami isteri.

Drama ini menggambarkan proses yang sangat terperinci mengenai perpecahan sebuah keluarga. Saya sampaikan terfikir sama ada saya boleh berkahwin nanti.

the world of the married

Perkara ini bukan sahaja membelenggu dirinya sebagai antara watak dalam drama tersebut malahan rakan-rakannya turut dibelenggu dengan masalah ini secara realitinya.

Kebanyakan rakan saya tidak mahu bercinta selepas menonton drama ini. Malah ada seorang rakan saya yang mempunyai anak menceritakan bahawa dia mengalami masalah emosi kerana ‘The World Of The Married’.

Hebat betul penangan “The World Of The Married”!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...