Ikuti Kami:

Dek Liputan Pilihan Raya, ‘Thirty-Nine’ Akan Batal Tayangan Minggu Depan

Dek Liputan Pilihan Raya, ‘Thirty-Nine’ Akan Batal Tayangan Minggu Depan

Drama “Thirty-Nine” tidak akan disiarkan pada minggu depan.

Pada 4 Mac, JTBC secara rasmi mengumumkan bahawa drama yang dibintangi oleh Son Ye-jin, Jeon Mi-do, dan Kim Ji-hyun akan berehat selama seminggu dek liputan mengenai pilihan raya presiden Korea Selatan.

Sehubungan itu, pada 8 Mac, siaran berkaitan pilihan raya presiden akan dianjurkan, dan pada 9 Mac, JTBC akan menyiarkan siaran khas yang meringkaskan Episod 1 hingga 6 dan bukannya episod baharu drama itu, di bawah tajuk “About Thirty and Nine”.

jtbc thirty nine

“Thirty-Nine” akan disambung semula seperti yang dijadualkan pada minggu berikutnya, dengan Episod 7 disiarkan pada 16 Mac jam 9:30 malam.

Kena tunggu lagi seminggu la ni…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...