Ikuti Kami:

Dek Kontroversi Putar Belit Sejarah, ‘Joseon Exorcist’ Alami Kerugian RM2.5 Juta Lepas Tayangan Dihentikan

Dek Kontroversi Putar Belit Sejarah, ‘Joseon Exorcist’ Alami Kerugian RM2.5 Juta Lepas Tayangan Dihentikan

Mesti ramai yang kecewa apabila drama “Joseon Exorcist” dihentikan tayangan walaupun baru 2 episod sahaja bersiaran.

Selepas terpalit kontroversi memutarbelitkan sejarah, drama itu dikatakan telah mengalami kerugian sebanyak 700 milion won (RM2.56 juta). Lebih lagi apabila saham SBS (45,050 -0.44%) dan YG Entertainment (21,850 +0.69%) adalah yang paling terjejas dek pembatalan ini.

Untuk pengetahuan anda, YG Entertainment merupakan antara pelabur besar kepada projek ini menerusi salah satu anak syarikat yang melibatkan pelaburan media iaitu YG Studio Flex.

kontroversi joseon exorcist

Disebabkan “Joseon Exorcist” sudah pun menjalani hampir 80% penggambaran ketika kontroversi itu meledak, kos produksi yang dikhabarkan hangus disebabkan olehnya berjumlah sebanyak 320 milion won (RM1.17 juta).

Menurut pakar penganalisis dari Pelaburan dan Kewangan Shinhan, Hong Se-jong, jikalau SBS tidak menayangkan baki 14 episod drama itu, kerugian yang ditanggung ialah 700 milion won (RM2.56 juta) maksima.

Fuhh, dahsyat juga kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...