Ikuti Kami:

Dek Kontroversi Pengambilan Pelakon, KBS Batal Produksi Drama ‘School 2020’

Dek Kontroversi Pengambilan Pelakon, KBS Batal Produksi Drama ‘School 2020’

Pasti peminat K-Drama yang mengikuti siri drama “School” mengetahui bahawa mereka sudah mempunyai beberapa rangkaian naskhah di bawahnya. Bermula daripada tahun 1999, “School” kini sudah pun memasuki siri ke-8 dan dikatakan drama terbaru itu akan ditayangkan pada tahun ini.

Sinopsis “School 2020”

Kim TaeJin ialah seorang ahli Taekwondo dan telah memenangi pingat gangsa di Petandingan Sukan Antarabangsa tetapi mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius. Dalam masa yang sama, perniagaan keluarganya turut gulung tikar. Lelaki itu kemudiannya berhenti sebagai atlet dan mendaftarkan diri ke sekolah vokasional.

Na GeumYoung adalah pelajar tahun 2 di sekolah menengah vokasional. Berangan-angan ingin menjadi seorang Youtuber terkenal, gadis itu mengambil bidang masakan di sekolah tersebut.

Kontroversi pengambilan pelakon

Pada awalnya, pelakon Ahn Seohyun telah pun menerima tawaran untuk melakonkan watak utama iaitu GeunYoung bahkan gadis itu sudah pun berlatih sejak setahun yang lalu selain turut menyertai sesi pembacaan skrip bersama teraju utama lelaki iaitu Kim YoHan.

school 2020

Bagaimanapun, tiba-tiba timbul cerita bahawa pelakon Kim SaeRon pula dilamar oleh pihak produksi “School 2020” untuk menerajui drama tersebut. Ahn SeoHyun kemudiannya meluahkan rasa sedihnya menerusi media sosialnya peribadinya mengenai ‘kenapa orang dewasa suka mungkir janji’.

Pihak produksi siri tersebut mengatakan bahawa terdapat perubahan skrip menyebabkan Ahn SeoHyun yang masih di bawah umur tidak sesuai lagi membawa watak itu. Selain itu, mereka turut menunding jari kepada bapa pelakon itu yang meminta bermacam-macam daripada mereka sehingga ia membebankan pihak produksi.

KBS batalkan produksi “School 2020”

Oleh sebab kontroversi yang berlaku di antara Ahn SeoHyun dan pihak produksi drama tersebut, pihak pengurusan KBS meluahkan hasrat untuk membatalkan terus pelaksanaan projek itu. Keputusan itu diputuskan selepas pihak bertanggungjawab melakukan perbincangan yang serius mengenainya.

school 2020

Penonton juga meluahkan rasa sedih dengan berita ini, tambahan pula bagi peminat siri rangkaian “School” yang sudah bertahun-tahun ditayangkan di bawah saluran KBS. Selain iru, ramai juga berasa kasihan dengan para pelakon yang diberikan harapan pada awalnya namun semuanya musnah pada akhirnya.

Mungkin juga ia akan ditayangkan pada suatu hari nanti dan bukan sekarang?

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...