Ikuti Kami:

Dek Kes Buli Park Hyesu, Tayangan ‘Dear.M’ Ditunda & Diganti Dengan Drama Adaptasi Web Komik ‘Imitation’

Dek Kes Buli Park Hyesu, Tayangan ‘Dear.M’ Ditunda & Diganti Dengan Drama Adaptasi Web Komik ‘Imitation’

Pastinya semua tahu mengenai kisah Park Hye-su yang didakwa sebagai seorang buli ketika di zaman sekolahnya? Walaupun menafikan semua dakwann tersebut, namun mangsa yang mendedahkan perkara tersebut sepertinya tidak beralah dan bertegas dengan pendiriannya.

Kata sumber tersebut,

Kami merasakan agak tidak munasabah untuk menyiarkan ‘Dear.M’ dengan segera. Jadi, kami membuat keputusan untuk menyiarkan program ganti untuk beberapa minggu sebelum menayangkan ‘Imitation’ dengan lebih awal. Patutnya ditayangkan lewat Mei, tapi ia akan bertemu penonton lebih awal daripada perancangan asal.

kbs dear.m

Kalau anda nak tahu, “Imitation” diadaptasi daripada web komik popular yang membawa kisah pelbagai idola dalam dunia hiburan. Ianya bakal diterajui oleh Jung Ji-so, Park Ji-yeon, Lee Jun-young (U-KISS), Yun-ho (ATEEZ) dan Chani (SF9).

Belum lagi dapat dipastikan bila “Dear.M” akan menyapa penonton secara rasmi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...