Umum mengetahui bahawa ramai betul peminat K-Drama yang tinggal di luar Korea malah ramai antara mereka yang datang daripada Malaysia dan juga Indonesia. Memang hebat betul impak kandungan Korea ini sejak kebelakangan ini kan?
Rasanya ramai yang selalu bergurau supaya kalau nak anak yang sedang dihamilkan cantik atau tampan, rajin-rajinlah tonton K-Drama supaya kenan nanti. Tapi tak sangka impian itu jadi kenyataan dan khabarnya benar-benar berlaku di Indonesia. Serius la?
Daripada posting yang berterbangan di Instagram tersebut, katanya seorang ibu ini melahirkan bayi yang mirip Lee Jun-ki dek tak lepas menonton drama “Scarlet Heart” ketika sedag hamil. Siapa sahaja yang tak terpersona dengan ketampanan Putera ke-4 Wang-so dalam drama itu kan?
Ini.. gara-gara sering menonton drama Korea ‘Moon Lovers’ semasa sedang hamil, wajah bayinya mirip dengan putera Wang-so!
Selepas entri itu tular di laman Instagram, ramai peminat K-Drama yang kagum dengan berita tersebut, siap ada yang berseloroh akan menyuruh isteri mereka menonton K-Drama supaya wajah anak mereka nanti mirip IU mahupun Suzy.
Pun begitu, ada juga yang menebak bahawa posting tersebut hanyalah suntingan sahaja kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya. Mungkin sahaja sekadar mahu mengumpan komen orang ramai namun mungkinnya sesuatu yang memang berlaku. Siapa tahu kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.