Ikuti Kami:

Dek COVID-19 Kembali Meruncing Di Korea, Tayangan Perdana Filem ‘Seobok’ Ditunda Ke Tahun Hadapan

Dek COVID-19 Kembali Meruncing Di Korea, Tayangan Perdana Filem ‘Seobok’ Ditunda Ke Tahun Hadapan

Disebabkan oleh kes COVID-19 yang kian meningkat, nampaknya, tayangan perdana filem lakonan Gong Yoo dan Park Bo-gum terpaksa ditangguhkan.

Menurut wakil daripada CJ Entertainment,

Disebabkan oleh COVID-19, tayangan perdana yang sepatutnya berlangsung pada bulan ini telah ditangguhkan.

Kami sedang berbincang mengenai hal ini sebelum mencapai keputusan tersebut. Kami akan mengemas kini semula tarikh tayangan baru apabila ia sudah disahkan nanti.

seobok

Untuk pengetahuan anda, “Seobok” membawa kisah Ki-heon (Gong Yoo) iaitu seorang bekas ejen perisik yang terjumpa dengan klom manusia pertama, Seobok (Park Bo-gum). Tanpa disangka, lelaki itu turut diancam bahaya apabila ada kuasa jahat yang dalam misi untuk merebut klon tersebut.

Katanya, filem itu mungkin akan hanya menemui penonton sekitar separuh pertama 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...