Ikuti Kami:

Dek 30 Peminat Pengsan Bertolak-Tolak, Konsert NCT127 Di Indonesia Tamat Awal

Dek 30 Peminat Pengsan Bertolak-Tolak, Konsert NCT127 Di Indonesia Tamat Awal

Nampaknya pelbagai isu yang melanda konsert NCT127 di Jakarta kelmarin.

Pada awalnya, konsert itu sudah bermula dengan goyah apabila terdapat ancaman bom dibuat sebelum konsert bermula namun tiada bahan letupan dijumpai selepas pihak polis menyelongkar keseluruhan lokasi.

Pun begitu, masalah tidak berakhir di situ sahaja. Pada asalnya, konsert tersebut berlangsung tanpa sebarang isu namun di penghujung malam, pengunjung di bahagian berdiri mula menolak satu sama lain untuk maju ke hadapan.

Selepas melihat situasi membahyakan itu, ahli NCT127 berulang kali meminta mereka supaya jangan menolak dan ke belakang sedikit.Kumpulan itu bahkan menghentikan persembahan seketika bagi mengingatkan pengunjung. Kata Doyoung,

Keselamatan yang paling penting. Tolong berjanji untuk tidak menolak.

nct127

Namun usaha itu tidak membuahkan hasil apabila para pengunjung terus mengasak satu sama lain lantas mereka meninggalkan pentas dan menamatkan konsert itu dengan lebih awal atas langkah berjaga-jaga. Menurut polis tempatan, lebih kurang 30 individu pengsan dan di bawa ke hospital.

Pada pagi ini, penganjur konsert berkenaan iaitu Dyandra Global Edutainment telah meriliskan pengumuman mengenai kejadian itu serta peringatan untuk konsert hari kedua pada 5 November.

Kami telah memberitahu mengenai peraturan am dan prosedur keselamatan terlebih dahulu, termasuklah menasihati pasuka keselamatan untuk kekal terkawal semasa konsert berlangsung. Walau bagaimanapun, situasi tidak dijangka berlaku di penghujung konsert di mana pengunjung di bahagian berdiri tidak teratur sehingga menyebabkan kesesakan. Disebabkan itu, konsert terpaksa dihentikan demi keselematan mereka.

nct127

Tambahnya lagi, mereka bersyukur kerana tiada yang tercedera namun keputusan untuk menghentikan konsert itu tidak dapat dielakkan. Malah penganjut itu turut meminta maaf buat NCT127 dan SM Entertainment kerana tidak dapat menyediakan suasan konsert yang dimahukan.

Bagi memastikan konsert hari kedua berjalan dengan baik, penganjur akan menyediakan lebih ramai paramedik dan pegawai keselamatan. Bahkan mereka akan bekerjasama dengan rapat bersama pihak polis tempatan.

Semoga konsert hari ini berlangsung dengan baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...