Ikuti Kami:

Dedah Salah Laku Suami Semasa Masih Berkahwin, Yulhee Fail Tuntutan Hak Penjagaan Anak & Nafkah

Dedah Salah Laku Suami Semasa Masih Berkahwin, Yulhee Fail Tuntutan Hak Penjagaan Anak & Nafkah

Yulhee khabarnya telah memfailkan tuduhan undang-undang terhadap bekas suaminya, Choi Min-hwan bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anak mereka dan pembahagian aset yang lebih adil.

Media tempatan melaporkan bahawa idola wanita itu telah memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Keluarga Seoul terhadap bekas suaminya untuk membetulkan isu-isu berkaitan penjagaan anak dan nafkah serta mendakwa bahawa perkara-perkara penting ini tidak ditangani dengan baik semasa proses perceraian mereka pada tahun 2023.

Untuk pebgetahuan, Choi Min-hwan kini mempunyai hak penjagaan terhadap ketiga-tiga anak mereka.

Dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Yulhee pada 24 Oktober, dia mendedahkan bahawa mereka telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan awal kepada Choi Min-hwan dan untuk memindahkan hak penjagaan kembali kepadanya selepas keadaan stabil.

Dia juga mendakwa bahawa Choi telah menawarkan bayaran sekaligus sebanyak 50 juta won (RM158,550) dan nafkah anak bulanan sebanyak 2 juta won (RM6,341) semasa pemindahan hak penjagaan. Walau bagaimanapun, permintaan ini masih belum dimuktamadkan.

Dalam video yang sama, Yulhee mendakwan terdapat insiden penderaan emosi termasuk menuduh ahli F.T. Island itu pernah meletakkan wang tunai di belahan dadanya di hadapan ahli keluarga mereka. Dia juga mendedahkan rakaman audio dari Julai dan Ogos 2022, yang didakwanya mengandungi perbualan antara Choi Min-hwan dan seorang lelaki lain yang membincangkan tentang pelacuran.

yulhee minhwan

Berikutan tuduhan Yulhee, agensi lelaki itu, mengeluarkan permohonan maaf rasmi dan mengumumkan penangguhan sementara buat aktiviti seninya

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2018 dan bercerai pada Disember tahun lepas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Edaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...