Ikuti Kami:

Dedah Kisah Yi Rang & Yuri, tvN Sah Bakal Tayang Spin-Off ‘Tale Of The Nine Tailed’ Nanti

Dedah Kisah Yi Rang & Yuri, tvN Sah Bakal Tayang Spin-Off ‘Tale Of The Nine Tailed’ Nanti

Memang tak dapat disangkal bahawa “Tale Of The Nine Tailed” merupakan drama yang paling hot sekali sekarang ini.

Meskipun ramai yang menonton drama ini untuk melihat dinamik di antara adik-beradik gumiho Yi Yeon (Lee Dong-woo) dan Yi Rang (Kim Bum) serta perkembangan hubungan Yi Yeon dan Nam Ji-ah (Jo Bo-ah), tapi ada juga yang berasa ingin tahu mengenai kisah di sebalik keakraban Yi Rang dan Yu-ri (Kim Yong-ji).

Disebabkan oleh perhatian penonton yang tidak berbelah bagi terhadap mereka meskipun hanya kisah sampingan, pihak produksi “Tale Of The Nine Tailed” mendedahkan bahawa mereka akan menayangkan episod istimewa untuk kedua mereka nanti.

Tidak seperti drama “Tale Of The Nine Tailed’ yang kini ditayangkan menerusi saluran tvN, tapi “Tale Of The Nine Tailed: The Unfinished Story” akan menemui penonton menerusi platform atas talian saluran itu iaitu Seezn pada setiap Rabu jam 10.30 malam (waktu Korea). Pun begitu, tarikh spesifik tayangan belum lagi didedahkan buat masa ini.

Pelbagai lagi persoalan yang bermain dalam fikiran penonton akan terjawab menerusi episod istimewa ini. Jadinya penonton setia “Tale Of The Nine Tailed” perlu menonton tayangan ini nanti.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...