Ikuti Kami:

Dedah Ending Asal Dipotong, Lee Junki Bincang Kemungkinan Musim Kedua ‘Scarlet Heart’

Dedah Ending Asal Dipotong, Lee Junki Bincang Kemungkinan Musim Kedua ‘Scarlet Heart’

Sudah 6 tahun berlalu, namun rata-rata peminat K-Drama masih lagi tidak dapat melupakan drama “Scarlet Heart”.

Terbaru, Lee Jun-ki telah berkongsi kisah mengenai drama berkenaan yang terkesan bagi ramai orang memandangkan kesudahan yang tidak dijangkakan ramai.

Apabila ditanya sama ada akan ada musim kedua, jawab lelaki itu,

Saya juga mengharapkan musim kedua. Kami banyak bersembang mengenainya.

lee junki scarlet heart

Lee Jun-ki juga bercerita mengenai ending sebenar “Scarlet Heart” yang tidak ditayangkan,

Kami merakamkan babak Wang So dan Hae-soo bertemu semula. Dia mendekatinya dengan berpakaian sut sebagai orang asing dan menghulurkan sapu tangan. Apabila melihatnya, dia berdiri seperti seseorang yang tidak mengingati apa-apa yang berlaku di Goryeo. Seingat saya, dia melihat Hae-soo dengan senyuman.

scarlet heart 2

Sepertinya pengarah drama berkenaan turut berbelah bagi mengenai kesudahan sehingga ke akhirnya,

Saya percaya pengarah juga dalam dilema hingga ke sudah. Nak kesudahan yang mendalam dan menyakitkan, atau kesudahan yang memberikan harapan? Tak kira apa pilihannya, saya pasti tetap akan ada sesalan. Saya berfikir bahawa dia merasakan adalah lebih baik meninggalkan tanggapan yang memedihkan. Sebenarnya, saya ingat ia akan disertakan dalam DVD, tapi ianya dihalang.

lee junki scarlet heart

Seloroh Lee Jun-ki,

Saya suka sekiranya peminat bersedih. Jadi, saya tak akan tunjukkannya!

Paling stres tengok drama ni ya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...