Debut Filem Pertama, Mino WINNER Bakal Tampil Dalam Filem ‘Seoul Vibe’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Mino WINNER bakal tampil dalam filem asal Netflix yang akan datang! Wah, debut filem pertama!
Paling tak dijangka-jangka apabila Mino sah bakal membuat kemunculan pertamanya dalam filem “Seoul Vibe” yang akan ditayangkan di Netflix tidak lama lagi. Terbaru, Netflix memuat naik satu video teaser yang turut memaparkan para pelakon hebat seperti Yoo Ah-in, Moon So-ri, Ki Sung-kyun, Oh Jung-se dan ramai lagi.
Untuk korang yang belum tahu, “Seoul Vibe” merupakan satu siri asal Netflix yang mengisahkan mengenai kumpulan Sange-dong Supreme, kumpulan yang hebat memandu dan mereka cuba membongkar kes rasuah yang berlaku di sebalik pengumpulan dana sewaktu Sukan Olimpik Seoul 1988.
“Seoul Vibe” dijangka bakal menjengah penonton pada 26 Ogos akan datang. Tak sabar nak tengok Mino!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




