Ramai khabarnya yang sedang melayan drama gandingan Shin Hye-sun dan Lee Jin-wook!
“Dear Hyeri” terus menyaksikan catatan rating yang stabil. Menurut Nielsen Korea, drama itu mencatatkan purata rating sebanyak 2.8%, meningkat sedikit daripada catatan episod sebelumnya iaitu 2.4%, sekaligus mencipta rekod peribadi terbaik yang baharu.
“Dear Hyeri” adalah drama percintaan yang bersifat penyembuhan, yang berkisar tentang juruhebah yang mengalami identiti disosiatif.
Dalam pada itu, ramai yang memuji Shin Hye-sun kerana berjaya membawa dua watak berbeza iaitu Joo Eun-ho, seorang juruhebah yang tidak dikenali meski dah 14 tahun bekerja dan Joo Hye-ri, alter egonya, seorang pekerja pengurusan tempat letak kereta.
Ada tak yang layan drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.