DAWN akhirnya membuat kemunculan semula selepas setahun!
Pengasas P Nation, PSY mengeluarkan imej teaser yang mengumumkan kemunculan semula DAWN melalui akaun sosial media rasmi P Nation baru-baru ini.
Lagu baharu DAWN adalah yang pertama dalam setahun sejak mini album pertama “Dundee Readan” dikeluarkan pada 2020.
Melalui single solo pertamanya “MONEY” yang dikeluarkan oleh P Nation dan lagu tajuk album mini pertamanya “Dundee Readan”, DAWN menerima ulasan yang menggalakkan daripada pendengar global dengan menggabungkan spektrum muzik yang luas dengan kepekaannya yang unik.
DAWN adalah merupakan salah seorang peneraju utama untuk P Nation yang diumumkan melalui “COMING UP NEXT” sehari sebelumnya. Dalam teaser yang dikaitkan dengan imej sebelum ini, PSY tersenyum lebar sambil memegang foto DAWN.DAWN turut mengambil bahagian dalam menulis dan mengarang lirik untuk semua lagu termasuk lagu tajuk “PING PONG” dalam album pertama Hyuna bersama DAWN (1+1=1) yang dilancarkan pada tahun lepas yang lebih jelas menyatakan warna unik mereka.
Jangkaan semakin memuncak mengenaijenis muzik yang akan dibawakan oleh DAWN, yang sebelum ini dilabel sebagai artis serba boleh yang menggabungkan kemahirannya dalam menghasilkan karya dengan persembahan sensual, termasuk rap dan nyanyian kali ini.
Muzik baharu DAWN akan dilancarkan di pelbagai platform muzik secara atas talian pada 16 Jun akan datang.
Nantikan okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.