Mesti ramai yang tak tahu kan Shin Min-ah dan T.O.P bekas ahli BIGBANG pernah bercinta?
Baru-baru ini di laman X, laporan T.O.P dan Shin Min-ah bercinta pada 2008 yang lalu telah kembali menjadi bualan, di mana mereka berdua dilihat meluangkan waktu di apartmen wanita itu.
Menurut laporan pada ketika itu, T.O.P (21) dan Shin Min-ah (24) telah bersama selama lebih 3 bulan dan mereka berjaya merahsiakan hubungan mereka sehingga media Sports Seoul membongkarkannya.
2008
Rumor datingthe caption on TOP : “April 30th 2PM: TOP leaving ShinMinah’s apartment”
the caption on Minah: “Top’s love ShinMinah”the caption on the Infinity: ” April 18th, A date in the car”
the caption on the black car: “April 30th, A date at Minah’s place” pic.twitter.com/EHPp4PeJHS— flo🌻🌻 (@flowersunshhin) September 4, 2024
Selain itu, YG juga berkongsi bahawa mereka mula berkawan apabila T.O.P meminta nasihat lakonan dari Shin Min-ah untuk debutnya sebagai pelakon dalam drama “I Am Sam”.
Namun, hubungan mereka tak kekal lama dan akhirnya berpisah pada 2009.
Kemudian pada 2015, Shin Min-ah disahkan sedang menjalinkan hubungan dengan Kim Woo-bin pula dan masih bahagia bersama sehingga hari ini.