Ikuti Kami:

Datang Dari Pelbagai Negara, Kenali 10 Idola K-Pop Bukan Berasal Dari Korea

Datang Dari Pelbagai Negara, Kenali 10 Idola K-Pop Bukan Berasal Dari Korea

Korang mesti ingat yang idola K-Pop selalunya berasal dari Korea saja kan? Sebenarnya, ada je yang berasal dari negara luar.

Kalau korang nak tahu siapakah mereka semua, jom KimchiDaily dedahkan siapa mereka!

1. Isaac IN2IT

Isaac IN2IT

Sebut je pasal kumpulan idola K-Pop IN2IT, korang mesti ingat Isaac dalam kumpulan tersebut kan? Kalau korang nak tahu, sebenarnya Isaac merupakan idola K-Pop yang pertama berjaya debut di industri Korea dan disebabkan beliau warganegara Malaysia, dia menjadi popular di dalam kalangan K-Poppers.

2. Rainie bugAboo

Rainie bugAboo

Korang pernah dengar tak nama kumpulan bugAboo? Kalau nak tahu, Rainie merupakan ahli kumpulan tersebut dan dia berasal dari Taiwan. Beliau telah menghabiskan latihannya  dan berjaya debut menjadi vokalis kepada kumpulan bugAboo.

Sebenarnya, bugAboo ini merupakan kumpulan idola K-Pop perempuan yang debut pada tahun lepas. Lepas ni korang boleh la explore kumpulan ni okay!

3. Didi Rumble-G

Didi Rumble-G

Antara idola lain yang bukan berasal dari Korea ialah Didi Rumble-G di mana dia merupakan warganegara Myanmar. Bukan saja menjadi ketua kumpulan, gadis ini mempunyai bakat yang pelbagai kerana hebat dalam nyanyian dan juga rap.

Jarang kan dengar idola yang berasal dari Myanmar?

4. Tzuyu TWICE

Tzuyu TWICE

Sebut je pasal kumpulan TWICE, korang mesti ingat lagu ‘What is Love’ dengan ‘TT’ kan? Kalau korang nak tahu Tzuyu merupakan ahli kumpulan TWICE yang berasal dari Taiwan dan dia juga merupakan pencetus pertama buat warganegara Taiwan untuk menjadi idola K-Pop seterusnya.

5. Shuhua (G)-IDLE

Shuhua (G)-IDLE

Kalau korang nak tahu, Shuhua merupakan maknae dalam kumpulan (G)-IDLE yang berasal dari Taiwan juga. Dengan muka yang cantik dan comel mampu menarik peminat beliau untuk terus menyokong kumpulan tersebut.

Perasan tak, banyak gadis dan jejaka Taiwan yang mampu mencuri perhatian agensi Korea di luar sana.

6. Fatou Black Swan

Fatou Black Swan

Rasanya korang pernah dengar kumpulan Black Swan kan? Ni bukan tajuk lagu BTS okay, ini nama kumpulan idola K-Pop perempuan yang ratanya bukan dari warganegara Korea.

Fatou merupakan leader, main rapper, lead dancer dan sub-vokalis untuk kumpulan tersebut. Antara fakta tentang diri Fatou, beliau berasal dari Yoff, Senegal dan membesar dari Tienen, Belgium.

7. Leia Black Swan

Leia Black Swan

Ahli seterusnya adalah Leia yang mempunyai 2 kacukan berbeza.

Korang nak tahu tak, sebenarnya ibu Leia berasal dari Brazil dan ayahnya berasal dari Jepun. Beliau dibesarkan di Curitiba, Paraná, Brazil.

Untuk pengetahuan korang, beliau menjadi ahli yang ketiga di dalam kumpulan Black Swan.

8. Gabi Black Swan

Gabi Black Swan

Korang pernah dengar dan kenal tak 1MILLION di YouTube? Kalau korang kenal nama tersebut, Gabi merupakan salah seorang penari dari akaun tersebut.

Beliau dilahirkan di Florianopolis, Brazil dan dia juga merupakan kacukan Brazil-Jerman. Gadis ini memegang posisi sub-vokalis dan juga penari untuk kumpulan tersebut.

9. Jackson GOT7

Jackson GOT7

Siapa je tak kenal kumpulan GOT7 kan yang famous dengan lagu ‘Girls Girls Girls’. Antara ahli yang popular dalam kumpulan itu ialah Jackson. Sebenarnya, Jackson berasal dari Hong Kong dan merupakan bekas atlet lawan pedang.

Meskipun masih aktif bersama GOT7, Jackson kini telah melebarkan sayap sebagai penyanyi solo di China dibawah nama ‘Jackson Wang’.

10. Dita Secret Number

Dita Secret Number

Korang selalu dengar yang debut jadi idola K-Pop selalunya dari Thailand, China, Amerika Syarikat je kan. Tapi, kali ini warganegara Indonesia juga telah berjaya debut menjadi idola K-Pop.

Dita merupakan ahli kumpulan Secret Number yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia. Gadis itu telah menjadi pelatih di Korea selama 2 tahun sebelum berjaya debut sebagai ahli kumpulan Secret Number.

Sekarang korang dah tahu kan sebenarnya kumpulan idola K-Pop tak semuanya datang dari Korea sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...