Ikuti Kami:

Daripada ‘Kingdom’, Ju Jihoon & Jun Jihyun Bakal Bertemu Lagi Dalam Drama Misteri Baru ‘Mount Jiri’

Daripada ‘Kingdom’, Ju Jihoon & Jun Jihyun Bakal Bertemu Lagi Dalam Drama Misteri Baru ‘Mount Jiri’

Plot drama memang penting tapi siapa yang bakal membarisi drama itu juga mampu impak yang besar dalam menarik perhatian penonton. Tambahan pula, sekiranya ia diterajui oleh nama hebat dengan mutu lakonan yang memukau, sudah pasti ramai yang akan menontonnya semasa ia bersiaran.

Sama juga dengan drama “Mount Jiri” yang mengesahkan bahawa pelakon Jun Ji-hyun dan Ju Ji-hoon bakal menghiasi drama misteri tersebut. Kalau anda nak tahu, ia membawa kisah renjer hutan yang melakukan kerja menyelamat di pergunungan Jiri. Jun Ji-hyun bakal membawa watak sebagai Seo Yi-kang iaitu renjer hebat yang mengetahui selok-belok Taman Negara Gunung Jiri. Manakala Ju Ji-hoon pula akan melakonkan watak Kang Hyun-jo iaitu lepasan akademi ketenteraan yang menyimpan rahsia tersembunyi dan menjadi renjer baru disamping Seo Yi-kang.

mount jiri

Dari kiri: Jun Ji-hyun, Ju Ji-hoon

Lebih menarik perhatian kerana “Mount Jiri” ditulis oleh Kim Eun-hee yang terkenal dengan hasil garapannya untuk drama popular seperti “Sign”, “Ghost”, “Three Days”, “Signal” dan “Kingdom”. Disebabkan oleh ini, ramai yang meletakkan kepercayan kepadanya untuk mengemudi plot drama misteri ini dengan hebatnya.

Mengujakan apabila pihak produksi drama ini mendedahkan bahawa segala persediaan untuk memulakan penggambaran drama ini pada pertengahan September sudah pun selesai. Malah dikhabarkan bahawa ia akan memulakan tayangan pada tahun 2021 nanti.

Sama-sama kita nantikan gandingan Ju Ji-hoon dan Jun Ji-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...