Walaupun telah melalui usaha penjenamaan semula, Innisfree masih bergelut dengan prestasi yang lemah.
Tahun lalu, jenama itu mencatatkan jualan sebanyak 224.6 bilion won dan keuntungan operasi sebanyak 1.6 bilion won.
Berbanding tahun sebelumnya, jualan menurun sebanyak 17.97%, manakala keuntungan operasi merosot sehingga 84.15%.
Sejak tahun 2020, prestasi Innisfree terus merosot, dan penjenamaan semula yang bertujuan memulihkan keadaan nampaknya hanya memburukkan lagi situasi. Malah pertukaran model dari Yoona Girls’ Generation kepada ikon lebih ‘Gen Z’ iaitu Jang Won-young IVE dan Mingyu SEVENTEEN juga seperti tidak membuahkan hasil.
Sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula, jenama ini telah menjauhkan diri daripada imej ‘Jeju’ dan menggantikannya dengan pulau fiksyen bernama “New Island” sebagai identiti baharu mereka. Namun, menurut penganalisis, perubahan ini mengaburkan identiti asal jenama yang selama ini berasaskan konsep naturalisme dan bahan-bahan dari Jeju, sehingga hilang kekuatan uniknya dalam pasaran.
View this post on Instagram
Lebih memburukkan keadaan, jenama-jenama lain di bawah Amorepacific seperti Laneige dan COSRX semakin kukuh di pasaran global, sekali gus meninggalkan Innisfree dalam kedudukan yang janggal dan tidak menentu.
Pemain industri kini menggelar Innisfree sebagai “lubang tanpa dasar”, iaitu jenama yang terus gagal menunjukkan hasil walaupun mendapat sokongan kuat daripada syarikat induknya yang berkuasa.
Pernah suatu ketika dahulu, Innisfree menjadi jenama tunggal pertama yang melepasi jualan 1 trilion won di pasaran domestik dan antarabangsa. Kini, mereka cuba bangkit semula dengan mengalihkan fokus kepada pasaran luar negara.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.