Ikuti Kami:

Dari ‘The Penthouse’, Yoon Jonghoon Dilamar Sertai Kim Youngdae Dalam ‘Shooting Star’

Dari ‘The Penthouse’, Yoon Jonghoon Dilamar Sertai Kim Youngdae Dalam ‘Shooting Star’

Selepas Lee Sung-kyung dan Kim Young-dae disahkan bakal menerajui drama romantik “Shooting Star”, nampaknya ada nama lain yang bakal menyertai mereka.

Terbaru, Yoon Jong-hoon yang baru selesai dengan penggambaran “The Penthouse” dikhabarkan akan menyertai drama itu. Jelas tvN,

Yoon Jong-hoon telah ditawarkan untuk membintangi ‘Shooting Star’.

Bertemu sebagai rakan bapa dalam “The Penthouse”, khabarnya Yoon Jong-hoon dilamar untuk menjadi pengurus kepada watak Kim Young-dae di dalam drama ini nanti.yoon jonghoon“Shooting Star” membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea melibatkan komuniti seperti pasukan PR, pengurus, dan wartawan yang membantu membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh selebriti. Kisah romantik komedi ini menceritakan Oh Han-byul (Lee Sung-kyung), ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan dan bekerja dengan Gong Tae-sung (Kim Young-dae), seorang selebriti popular yang juga merupakan musuh ketatnya. Drama ini akan memaparkan kisah sebenar yang terselindung daripada umum mengenai semua yang bersusah payah bagi memberikan sinar buat selebriti.

Sama-sama kita nantikan sama ada Yoon Jong-hoon menerima tawaran ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...