Nampaknya Kim Young-dae, Yoon Jong-hoon dan Ha Do-kwon bakal bertemua semula dalam naskhah baru selepas “The Penthouse” tamat beberapa bulan lalu.
“Shooting Star” membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea melibatkan komuniti seperti pasukan PR, pengurus, dan wartawan yang membantu membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh selebriti. Kisah romantik komedi ini menceritakan Oh Han-byul (Lee Sung-kyung), ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan dan bekerja dengan Gong Tae-sung (Kim Young-dae), seorang selebriti popular yang juga merupakan musuh ketatnya. Drama ini akan memaparkan kisah sebenar yang terselindung daripada umum mengenai semua yang bersusah payah bagi memberikan sinar buat selebriti.
Ha Do-kwon akan membawa watak Choi Ji-hoon, iaitu pengarah di Star Force Entertainment yang merupakan agensi naungan Gong Tae-sung. Manakala Yoon Jong-hoon pula akan berlakon sebagai Kang Yoo-seong, ketua pasukan pengurusan yang baik, sopan dan kacak sehingga sering disalahertikan sebagai seorang pelakon.
Mesti korang tak sabar nak tengok sinergi baru yang dibawa oleh mereka dalam “Shooting Star” kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.