Ikuti Kami:

Dari ‘The Glory’ Ke ‘Mask Girl’, Laman Penstriman Dikecam Kerap Selit Babak Seksual Dalam K-Drama Kini

Dari ‘The Glory’ Ke ‘Mask Girl’, Laman Penstriman Dikecam Kerap Selit Babak Seksual Dalam K-Drama Kini

Sepertinya babak seksual merupakan sesuatu yang norma dalam drama penghasilan Netflix kini.

Meskipun ada kelebihan namun ada banyak kekurangan apabila memaparkan babak sedemikian dalam kesemua naskhah. Mungkin menimbulkan isu tapi sekiranya bersambung baik dengan plot cerita, ia mampu meningkat tumpuan penonton. Pun begitu, babak provokatif yang muncul secara tiba-tiba mungkin mengganggu perhatian penonton.

Antara platform yang menerima kecaman penonton sejak kebelakangan ini kerana seperti menggunakan plot sebegini sebagai taktik menarik perhatian ramai ialah Netflix.

Antara pelakon yang menjadi sebutan ialah Cha Joo-young dalam “The Glory” di mana terdapat babak di mana dia menayangkan bahagian atas badan dari bahu ke perut. Meskipun drama itu sendiri menerima pujian ramai namun perhatian turut diberikan kepada babak seksual berkenaan.

cha jooyoung

Akui wanita itu dalam temubual selepas pelancaran drama itu,

Sebahagian babak itu disunting dengan CG tapi badan saya dipertontonkan seperti itu dengan bantuan suntingan.

Lee Joo-bin turut dipetik dalam artikel ini apabila dia membawa watak Yoon Mi-sun dalam “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” dan menonjolkan babak seksual bersama Kim Ji-hoon. Menurut pelakon wanita itu, dia membina badan dengan bersenam dengan pelatih selama 2 jam saban hari selain melakukan Pilates 5 kali seminggu bagi menjayakan babak ranjang pertama dalam hidupnya.

Terbaru, “Mask Girl” turut tular dalam kalangan penonton K-Drama apabila menampilkan pelbagai babak mengejutkan. Termasuklah apabila Nana dan Lee Han-byul yang sama-sama membawa watak Kim Mo-mi tekah menayang badan mereka tanpa ragu-ragu.

Antaranya di mana Lee Han-byul membuka baju ketika melakukan siaran langsung manakala Nana pula membuka baju untuk pemeriksaan semasa pertama kali dibawa masuk ke dalam penjara.

nana mask girl

Komen penonton mengenai babak sedemikian,

Saya malu melihat babak itu.

 

Saya tak pasti sekiranya babak sebegini diperlukan untuk plot utama.

 

Saya merasakan mereka meletakkan babak pendedahan ini dalam drama untuk mendapatkan publisiti dan menarik perhatian.

 

Agak memalukan untuk menonton drama ini dengan keluarga dan kawan-kawan.

Pun begitu, ada yang tampil mempertahankan penggunakan babak itu,

Ia hanyalah sebahagian dari drama.

 

Asyik mengadu sahaja untuk merosakkan suasana.

 

Kalau tak selesa, betulkan pandangan awak.

 

Awak akan faham babak ini jika korang mengikuti perubahan emosional watak berkenaan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...