Ikuti Kami:

Dari Staf Penyiaran Ke Wartawan, Individu Dalam Industri Pilih 16 K-Drama Terbaik 2021

Dari Staf Penyiaran Ke Wartawan, Individu Dalam Industri Pilih 16 K-Drama Terbaik 2021

Sudah menghampiri hujung tahun, apa K-Drama terbaik 2021 buat anda?

Bagi menyambut ulang tahun ke-17, saluran media Joy News 24 telah menjalankan survey bagi menentukan drama mana yang popular untuk 2021 ini. Seramai 200 individu dalam industri seperti staf agensi hiburan dan penyiaran, produser kandungan filem dan penyiaran serta wartawan hiburan yang menyertai soal selidik ini.

1. Hospital Playlist 2

Drama ini mengisahkan lima sekawan yang menempuhi zaman universiti sehingga kini menjadi doktor terbaik di sebuah hospital yang sama.

tvn hospital playlist

2. Hometown Cha Cha Cha

Drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

netflix hometown cha cha cha

3. Vincenzo

Ia membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat.

netflix vincenzo

4. Beyond Evil

Drama ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”.

netflix beyond evil

5. Racket Boys

“Racket Boys” membawa kisah sekumpulan anak muda yang berimpian untuk menjadi atlet badminton profesional pada masa hadapan. Ikuti kisah anak muda ini mengharungi pelbagai kesulitan dan juga keseronokan bersama rakan seperjuangan.

sbs racket boys

6. The Penthouse

Drama ini mengisahkan penduduk Hera Palace yang sanggup melakukan apa sahaja bagi terus kekal berkuasa dalam kehidupan mewah mereka.

the penthouse 3

7. Youth Of May

“Youth Of May” ialah sebuah drama melodrama mengisahkan dua anak muda yang jatuh cinta pada Mei 1980, iaitu satu zaman reformasi dan penting dalam sejarah Korea Selatan. Ianya dibintangi oleh Lee Do-hyun, Go Min-si, Geum Sae-rok dan Lee Sang-yi.

kbs youth of may

8. Love (ft. Marriage & Divorce)

Drama ini membawakan kisah masalah perkahwinan tiga pasangan suami dan isteri yang berada pada peringkat hidup berbeza.

love (ft. marriage and divorce)

9. Mine

Ianya membawa kisah wanita bercita-bercita tinggi dan kuat yang melawan prejudis masyarakat untuk merebut hak milik mereka.

tvn mine

10. Bossam: Steal the Fate

Drama ini membawa kisah seorang lelaki yang tanpa sengaja telah menculik seorang tuan puteri. Ba-woo (Jung Il-woo) merupakan seorang tukang padan yang mencari suami baru kepada janda yang tiada harapan untuk berkahwin semula. Semasa kecil, lelaki ini telah ditipu dek konspirasi seseorang. Walaupun dapat melarikan diri tetapi dia Ba-woo terpaksa menyorokkan identiti sebenarnya dan mula hidup dalam kemiskinan sejak daripada itu.

mbn bossam: steal the fate

11. The Veil 

“The Veil” ialah sebuah drama aksi blockbuster di mana Namgoong Min membawa watak Han Ji-hyuk, seorang ejen lapangan elit di NIS (National Intelligence Service). Disebabkan oleh rekodnya yang sempurna dan berbakat dalam menyelesaikan misi, lelaki itu dinamakan sebagai ejen teratas dan sering diidolakan oleh rakan sekerjanya.

mbc the veil

12. One The Woman

Drama komedi “One The Woman” membawa kisah dua wanita dengan wajah seiras yang bertukar kehidupan dek kehilangan ingatan. Seorang ialah merupakan menantu kepada keluarga kaya manakala seorang lagi ialah pendakwaraya korup.

sbs one the woman

13. The Uncanny Counter

Drama ini membawa kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

episod akhir the uncanny counter

14. Lost

Drama ini membawa kisah seorang wanita 40 tahun yang bekerja sebagai ‘penulis hantu’ dan merasa hilang dalam arus kehidupan. Manakala seorang lelaki berusia 27 tahun pula menyimpan rasa takut dia tidak akan dapat mencapai apa-apa dalam hidupnya.

jtbc lost

15. Taxi Driver

“Taxi Driver” membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri di mana ia membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat keadilan daripada undang-undang.

sbs taxi driver

16. Mouse

Drama thriller jenayah ini membawa kisah seorang lelaki yang telus dan naif, Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) dan detektif tanpa kira undang-undang bernama Go Moo-chi (Lee Hee-joon) yang obses untuk membalasa dendam terhadap pembunuh bersiri yang menjadi dalang kepada pembunuhan ibu bapanya semasa kecil. Dua lelaki yang berbeza personaliti ini bergabung tenaga bagi mengejar penjahat dalam kalangan ‘1% teratas’ psikopat.

tvn mouse

Not bad kan pilihan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...